
Kronologi kejadian:
- Hari Pertama Kejadian: Isnin, 10 Mei 2010 (6.30 petang) - Tergelincir semasa bermain badminton dewan serbaguna Precint 15, Putrajaya.
- Hari ke-3: Rabu, 12 Mei 2010 (3.00 petang) - Pemeriksaan di kaki kiri yang tercedera di Hospital Pantai Pandan, Pandan Indah oleh pakar Orthopedic, Dr Ezlan Merican dan disahkan sebagai 'Archilles Tendon Ruptured'. Dinasihatkan oleh doktor untuk dibuat pembedahan bagi menyambung semula tendon yang terputus.
- Hari ke- 7: Isnin, 17 Mei 2010 (1.00 tengah hari) - Pembedahan dilakukan. Mengambil masa selama 2 jam.
- Hari ke-8: Selasa, 18 Mei 2010 (9.30 malam) - Keluar wad dan pulang ke rumah. Kaki dipasang fibrecast untuk selama 6 minggu.
- Hari ke-15: Selasa, 25 Mei 2010 (3.00 petang) - Temujanji pertama dengan doktor selepas pembedahan. Dibuat pemotongan kecil pada fibrecast untuk membolehkan doktor mencabut sebahagian benang jahitan.
- Hari ke-22: Selasa, 1 Jun 2010 (3.00 petang) - Temujanji ke-2. Keseluruhan luka luaran didapati telah sembuh dan kesemua benang jahitan dicabut.
- Hari ke-51: Selasa, 29 Jun 2010 (3.00 petang)- Temujanji ke-3. Fibrecast dipotong separuh bagi membolehkan latihan fisioterapi dimulakan. Doktor menasihati agar fibercast ini terus dipakai apabila berjalan dan tidur.
- Hari ke-57: Isnin, 5 Julai 2010 (3.00 petang)- Latihan fisioterapi kali pertama di Pantai Integrated Rehab untuk tempoh selama 1 setengah jam. Pergerakan kaki kiri yang masih minimal. Beberapa bentuk latihan ringan diperkenalkan oleh fisioterapi yang bertujuan untuk membolehkan bahagian pembedahan yang telah mengeras dapat dilembutkan, dilentur dan menguatkan otot betis kiri. Kos RM75/jam.
- Hari ke-59: Rabu, 7 Julai 2010 (3.00 petang)- Latihan fisioterapi kali ke-2 selama 1 jam di Pantai Integrated Rehab.
- Hari ke-65: Rabu, 13 Julai 2010 (3.00 petang)- Temujanji kali ke-4. Doktor telah memberi kebenaran kaki berkenaan untuk mula dikenakan bebanan badan bagi tujuan latihan berjalan. Doktor Ezlan telah mencadangkan latihan selanjutnya dibuat di Praba Sports Physiotherapy Rehab Clinic di Brickfield. www.sportsphysiorehab.com.my/physiorehab.html
- Hari ke-69: Sabtu, 17 Julai 2010 (9.30 pagi)- Menjalani latihan fisioterapi lanjutan dan rawatan 'conditioning' susulan di Sports Physioteraphy & Rehabilitation Clinic, Brickfield. Ia dikendalikan oleh Encik K.Prabaharan, Senior Physiotherapist (pesara ahli Fisioterapi Hospital Besar Kuala Lumpur, DBKL, bekas ahli fisioterapi pasukan bolasepak Kuala Lumpur, pasukan Thomas Cup Malaysia 1992). Bayaran- RM40 untuk 3 jam. Selepas rawatan sudah boleh mula bertatih tanpa tongkat! Alhamdulillah. (Officially hari ke-62 selepas pembedahan)
- Foto di atas menunjukkan 'support bandage' yang membantu menyokong menguatkan otot kaki yang masih lemah bagi tujuan latihan berjalan.
- Hari ke-72: Selasa, 20 Julai 2010 - Mula berlatih berjalan tanpa tongkat selepas warming up dan urutan dalam 10 minit. Bermula dengan jarak 100meter. Masih terasa ketat dan terasa tapak kaki seperti tercucuk jarum membuatkan jalan terhincut-hincut.
Encik Praba menasihatkan supaya teruskan berlatih berjalan setiap hari dan berhenti apabila sakit. Fasa senaman seterusnya adalah untuk menguatkan otot kaki kiri dan melembutkan semula tendon pergelangan kaki serta otot sekitar tapak kaki yang masih keras. - Hari ke-75: Jumaat, 23 Julai 2010 - Pertama kali ke masjid bersolat jumaat tanpa tongkat. Kembali semula solat berdiri. Walaupun pergerakan solat masih belum sempurna tapi diusahakan sekadar mana yang boleh.
- Hari ke-77: Ahad, 25 Julai 2010 - Balik kampung dan masuk kebun kutip durian!! Balik kutip durian terus basuh kereta dengan berdiri dalam 30 minit. Malamnya tidak boleh tidur....!!kaki membengkak semula. Mungkin ia telah digunakan secara berlebihan untuk hari ini.
- Hari ke-80: Rabu, 28 Julai 2010 - Temujanji kali ke-5. Pada keseluruhannya doktor telah berpuashati dengan kemampuan fleksibiliti kaki berkenaan. Hanya masih bimbang keupayaan kaki berkenaan menampung bebanan semasa berjalan. Ini yang menyebabkan kemampuan untuk berjalan masih terhad bagi jarak yang dekat sahaja. Doktor mencadangkan agar dibuat latihan berjalan di dalam kolam renang. Alasannya ialah air dapat menampung sebahagian dari berat badan semasa berjalan. Ini membolehkan otot kaki dapat dikuatkan dan rythm berjalan yang normal dapat dikembalikan.
- Hari ke-93: Selasa, 10 Ogos 2010 - Temujanji kali ke-6. Doktor berpuashati dengan kekuatan kaki untuk berjalan. Bengkak kaki masih wujud dan dikatakan bengkak itu perkara yang terakhir yang akan hilang kesan dari pembedahan tendon berkenaan. Aku telah meminta doktor untuk membenarkan aku cuba masuk pejabat pada esok hari. Aku ingin merasakan 'environment' bila masuk pejabat semula. Doktor bersetuju dan berpesan kembali berjumpanya jika terdapat apa-apa masalah yang timbul kemudian.
- Hari ke-94: Rabu, 11 Ogos 2010 - Ke pejabat. Jam 12 tengah hari kaki mula merasa tidak selesa apabila tergantung di kerusi dalam tempoh yang lama. Kesakitan yang semakin kuat dirasa sekitar jam 2-3 petang. Jam 4 petang aku balik ke rumah. Tak boleh tahan!
- Hari ke-95: Khamis, 12 Ogos 2010 (2 Ramadhan 1431H) - Bertemu Dr Ezlan semula. MC lagi 2 minggu. Doktor meminta teruskan terapi berjalan sejauh yang boleh setakat yang mampu. Aku telah bercadang mengambil kesempatan Ramadhan ini untuk berdiri semasa solat Tarawih selama yang boleh. Dari pengalaman aku solat adalah terapi yang amat baik bagi tujuan pemulihan kekuatan 'endurance' kaki yang dibedah. Sepanjang Ramadhan ini kami sekeluarga membuat keputusan untuk bertarawih di masjid UIA Gombak. Ini kerana suasananya yang damai sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak yang suka berkejar ke sana kemari. Lebih penting tempoh solat tarawih yang lebih panjang pada setiap malam (9-11 malam) dengan tempo pergerakan solat yang tenang dan tidak terburu-buru membuat aku rasa solat menjadi terapi yang amat sesuai bagi pemulihan otot kaki dan tendon yang disambung. Malam pertama hingga ke 10 aku bertahan sehingga 10-12 rakaat sahaja. Menjelang malam ke 15 aku sudah boleh untuk bertahan sehingga 23 rakaat. Sakit seperti memijak 'batu-batu kerikil tajam' yang menusuk tumit ku dan seperti orang memasukkan jarum di tendon yang disambung sedikit demi sedikit menghilang.
- Hari ke-115: Rabu, 1 September 2010 (22 Ramadhan 1431H) - Aku kembali ke pejabat dengan keadaan kaki yang lebih baik dari segi pergerakan dan endurance. Aku guna kereta gear manual dari Kg Pandan ke Putrajaya. Pergerakan turun tangga juga semakin baik. Tetapi masih perlu berhati-hati disebabkan di satu peringkat kedudukan kaki semasa menurun tangga ada kesakitan yang agak kuat dirasakan. Bengkak kaki juga semakin surut. Aku menggunakan kasut kasual yang dapat memberi ruang bernafas lebih baik kepada kaki yang kembang kuncup. Jam 3 petang kaki mula terasa panas dan berdenyut kembali. Harap dapat bertahan.
Hi,
ReplyDeleteIm looking for contact of Praba Sports Physiotherapy Rehab Clinic @ Brickfield. The link is not valid - www.sportsphysiorehab.com.my/physiorehab.html
Do mind give me the clinic's contact & address? my email: whymaywhy@gmail.com
dear sir..
ReplyDeletesorry for the link...last time its work. have no idea when it suspended..
pls call the clinic at 03-2273 3436
the address: no.36, jalan ang seng, brickfield.
Dr. Praba passed away this morning 17 Nov. RIP
ReplyDeletemy condolence..we lost a great guy...always positive....i knew he was in a bad condition even during my time doing rehab there...
ReplyDeleteKisah kronoli July 2010 bolehkah saya mendapatkqn nasihat info setelah say membaca kisah perjalanan anda ini sayq amat memerlukan pertolongan mendapatkan nasihat dari pengalaman saudara ini boleh kah saya berhubung mendapatkan maklumat Pencerita kisah ini.harap dapat membantu keadaan saya.
ReplyDeleteKisah kronoli 15 July 2010 tersebut bolehkah saya mendapatkan nasihat info setelah saya membaca kisah perjalanan anda ini saya amat memerlukan pertolongan mendapatkan nasihat dari pengalaman saudara ini bolehkah saya berhubung mendapatkan maklumat Pencerita kisah ini.harap dapat membantu keadaan saya.
ReplyDeleteKisah kronoli 15 Julai 2010 tersebut bolehkah saya dapat berhubung bagi Pencerita kisah ini kerana perlu mendapatkan sedikit nasihat Dan hatap dapat membantu saya dalam kesulitan berdasarkan pengalaman saudara ini dalam kisah Putus Tendon Archilies ini. sila Bantu saya agar boleh saya berhubung terima kasih ...
ReplyDeleteKisah kronoli 15 Julai 2010 tersebut bolehkah saya dapat berhubung bagi Pencerita kisah ini kerana perlu mendapatkan sedikit nasihat Dan hatap dapat membantu saya dalam kesulitan berdasarkan pengalaman saudara ini dalam kisah Putus Tendon Archilies ini. sila Bantu saya agar boleh saya berhubung terima kasih ...
ReplyDelete