
Allah berfirman di dalam Al Quran:
“Apakah manusia mengira bahwa mereka dibiarkan mengatakan, kami telah beriman,sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang orang sebelum mereka,dan benar benar ALLAH mengetahui orang orang yang benar dan mengetahui pula orang orang yang dusta”. (Al-Ankabut, ayat 2-3)
Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan untuknya, nescaya DIA akan mengujinya dengan kesusahan". (Riwayat Al-Bukhari)
Tiada manusia yang Allah cipta tidak pernah ditimpa musibah, ujian atau masalah. Allah uji manusia dengan berbagai bentuk musibah tetapi matlamatnya tetap sama. Musibah juga adalah kafarah membersihkan sekelian banyak dosa manusia. Juga merupakan untuk meninggikan darjat ketakwaan jika dilalui dengan sabar. Ujian membuka mata hati, mendidik insan untuk jangan mudah putus asa dalam kehidupan dan dapat mematangkan insan. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Sudah tentu bila kita ditimpa musibah kesannya akan turut terkena kepada orang lain. Isteri yang terpaksa mengendali semua urusan keluarga, anak-anak yang perlu lebih berdisplin tidak boleh dekat dengan abahnya, ibu di kampung yang susah hati, kerja yang perlu dipikul sepenuhnya oleh rakan sepejabat. Semua aktiviti rutin 'shut down'. Dalam keadaan serba susah, serba sakit mental perlu kuat. Mungkin itu sebabnya kita perlu mendoakan keselamatan semua orang pada setiap hari. Orang lain selamat sebenarnya turut menyelamatkan kita dari ditimpa susah....Bunyinya seperti pelik tetapi itulah antara pelajaran musibah ini.
Archilles Tendon Ruptured (ATR) adalah satu ujian Allah kepada hambaNYA. Jarang didengari oleh sesiapa melainkan mereka yang mengalaminya. Seperti suatu yang remeh tetapi hakikatnya Archilles Tendon amat besar fungsinya di dalam membolehkan manusia normal berjalan, melompat, berenang, bersilat, berkayuh, naik tangga hatta segala pergerakan kaki. Ia umpama ‘kabel pemegang’ kepada otot dan tulang. Dengan kehendak Allah tiada Archilles Tendon manusia tidak boleh berjalan walaupun seseorang punyai tulang dan otot yang kuat. Menarik bukan? Kita akan kenali Archilles Tendon di post akan datang....Insya Allah
No comments:
Post a Comment