Wednesday, July 14, 2010

Kemampuan Untuk Melangkah itu Milik Allah..



Sebelum peristiwa ini aku tidak pernah mendengar perkataan Archilles Tendon. Sekarang aku baru tahu menghargainya selepas masuk bulan ke-2 (Mulai 10 Mei 2010) Allah mengambil kembali kemampuan untuk berdiri dan melangkah di atas kaki sendiri. Kemampuan yang telah dipinjamkan kepada aku selama lebih 35 tahun ini....3 Jun 2010 aku menyambut hari lahir tahun ini dengan memakai kaki fiber, sepasang crutchers dan cuti sakit yang panjang...satu 'hadiah' hari lahir paling unik sepanjang hidupku.



Archilles Tendon pada hakikatnya adalah satu kord fiber yang paling besar dan paling kuat di dalam tubuh manusia yang menyambungkan otot di antara tumit dan betis. Berfungsi bagi membolehkan seseorang berjalan, berlari dan melompat.

Illustration showing Achilles tendon rupture
Apabila ia tercedera atau terputus satu bunyi 'pop' akan kedengaran. Serentak dirasakan seolah-olah bahagian betis anda disepak dari belakang. Diikuti kehilangan kemampuan untuk berdiri dan berjalan. Kesakitan yang semakin kuat selepas beberapa ketika di keseluruhan belakang betis. Di dalam kes aku Dr Ezlan Merican (Orthopedic Surgeon Specialist, Hospital Pantai Pandan, Ampang) yang melakukan pemebedahan berkenaan pada 17 Mei 2010 mengesahkan ia adalah 'complete tendon ruptured'. Bermakna tendon berkenaan putus keseluruhan dan penyambungan semula dibuat dengan mengikat kembali bahagian yang terputus. Kini selepas dua bulan pembedahan dibuat aku sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar berjalan semula. Belajar berjalan buat kali kedua di dalam hidupku. Alhamdulillah selepas 2 minggu menjalani fisioterapi di Pantai Integrated Rehab, kini aku sudah boleh berdiri walaupun ianya hanya 5 minit. Ia satu pencapaian amat bermakna kerana menunjukkan kaki berkenaan sudah boleh menanggung beban semula.... Insya Allah target seterusnya minggu ini adalah untuk memulakan langkah pertama.....!
Untuk lebih mengenali tentang kecederaan Archilles Tendon sila rujuk laman web di bawah:

http://emedicine.medscape.com/article/85024-overview

No comments:

Post a Comment