Thursday, July 22, 2010

Archilles Tendon Ruptured: The Long Road to Walk Again...


Setiap individu yang telah menjalani pembedahan penyambungan pada Archilles Tendon kebiasaannya akan mempunyai tempoh pemulihan yang berbeza antara satu dengan lain. Ini bergantung kepada tahap kecederaan, kualiti pembedahan, proses dan disiplin rehabilitasi, umur, tahap kesihatan semasa dan pemakanan yang betul. Pada pandanganku tahap kekuatan psikologi pesakit juga akan memainkan peranan yang amat penting semasa proses pemulihan ini.

Be positive please! Memang tidak dinafikan ada saat dimana ada suara membisikkan dalam diri bahawa "aku akan tempang selamanya"...terutama pada peringkat awal fibercast itu dibuka sepenuhnya dan semasa peringkat awal proses rehabilitasi. Di awal peringkat ini pesakit akan mengalami kesakitan yang lebih teruk berbanding semasa kaki didalam fibercast. Keadaan kaki yang lemah, kejang dan keras di bahagian tendon berkenaan serta sakit apabila cuba digerakkan boleh menyebabkan seseorang patah semangat. Hati-hati....Itu semua bisikan syaitan sahaja! Tiada sakit yang tiada ubat. Sakit itu penghapus dosa. Putus asa tanda putus harap dari rahmat Allah. Kuatkan semangat! Insya Allah akan ada jalan keluar dari semua musibah ini. Semasa anda ditimpa musibah ini banyakkan berzikir. Bacalah surah al-Inshirah kerna didalamnya terkandung janji-janji Allah bahawa 'sesungguhnya tiap-tiap kesusahan itu akan diikuti kemudahan' Janji mana lagi yang lebih benar berbanding janjiNYA...

Secara umumnya pesakit akan boleh berjalan secara normal selepas enam bulan dan boleh melakukan aktiviti bersukan selepas setahun. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada faktor-faktor yang telah dinyatakan diatas.

Proses rehabilitasi adalah peringkat yang paling penting untuk dilakukan oleh pesakit. Prinsipnya mudah. Anda rajin anda akan cepat kembali berjalan dengan normal. Ikut sahaja jadual latihan dan nasihat fisioterapi anda. Proses pemulihan akan terbahagi kepada 2 proses iaitu Non-Weight Bearing(NWB) stage dan Accelerating Weight Bearing(AWB).

Semasa NWB pesakit tidak dibenarkan menampung berat pada kaki yang dibedah walaupun pada masa itu cast telah dibuka. Kebiasaannya ia adalah untuk selama 9 minggu (atau sehingga dibenarkan oleh doktor). Latihan fisioterapi yang dijalankan pada peringkat ini belum lagi melibatkan 'weight bearing'.

AWB kebiasaannya dibenarkan mulai minggu ke 10. Di peringkat AWB beban badan sudah boleh dikenakan secara perlahan-lahan. Beberapa kaedah latihan fisioterapi akan dibuat sehinggalah kaki berkenaan boleh dikenakan beban badan sepenuhnya dan tongkat boleh dilepaskan semasa berjalan. Kebiasaannya 'full weight bearing' dibenarkan selepas minggu ke 12 (Atau sehingga dibenarkan oleh doktor dimana di dalam kes ku full weight bearing dibenarkan pada minggu ke 9). Latihan fisioterapi yang lebih agresif akan dibuat selepas peringkat ini bagi mengembalikan kekuatan otot kaki yang telah lemah. Ini boleh dilihat dimana kaki anda mengecil sebelah disebabkan otot yang telah lama tidak digunakan.

Proses selanjutnya adalah latihan untuk membolehkan anda berjalan normal dan bukan lagi terhincut-hincut. Selamat berjaya......

No comments:

Post a Comment