Tuesday, July 13, 2010

Archilles Tendon Injury - 1 Pengalaman Menyakitkan....




10 Mei 2010



Ø Isi borang cuti pagi ini untuk mohon cuti dua hari iaitu Jumaat dan Isnin depan sempena pertunangan Dahlia. Puan Halima telah dimaklumkan lebih awal pada minggu lepas lagi tentang komitmen keluarga ini. Telah berjanji dengan mak untuk balik Jelebu lebih awal iaitu selepas waktu kerja hari Khamis. Memandangkan majlis pertunangan Dahlia jatuh pada hari Sabtu maka banyak kerja perlu diselesaikan pada Jumaat. Dalam kata lain ‘orang kuat’ kena ada awal. Perancangan juga telah dibuat untuk bawa Uncle Baker (adik mak lain ibu yang baru tiba dari Karala India) ke KL pada Ahad dan melawat di Putrajaya pada malamnya. Hari Isnin akan bawa Uncle Baker balik ke kampung semula.





Ø Hari ini jam 5.30 petang ada perlawanan persahabatan badminton. Perlawanan ini penting bagi menguji kemampuan bermain perseorangan selepas latihan intensif minggu lepas. Selain itu ia adalah sebahagian daripada persiapan untuk bertanding di Negeri Sembilan pada awal Julai nanti. Sudah lama tidak bermain perseorangan. Memandangkan aku bercadang untuk menunaikan fardu haji tahun ini jadi kesanggupan bermain perseorangan badminton ini diharap secara tidak langsung dapat membentuk stamina yang lebih baik masa tunaikan haji nanti.





Ø Seperti biasa buat stretching seluruh badan dan mula memukul bola stroke dengan rakan half court sampai berpeluh. Jam 6.30ptg perlawanan perseorangan bermula. Banyak bermain rally base line . Apabila mata telah mencapai 10-14 tiba-tiba terasa semacam ada orang menendang tonjol betis kiriku disertai dengan bunyi ‘pap’ seperti ranting kering patah. Ini berlaku selepas kaki kiri yang cuba menolak seluruh badan ke hadapan telah tergelincir di sudut belakang gelanggang yang agak licin. Kesan getah kasut sepanjang satu kaki dapat dilihat di gelanggang. Belakang betis kiri terasa sengal, kebas dan pedih. Lalu aku menjatuhkan badan dan duduk bila terasa belakang betis kaki kiri terasa makin lemah dan sakit. Serentak aku meminta perlawanan dihentikan. Memang aku terasa kecederaan ini agak serius dan tidak memungkinkan perlawanan disambung semula. Jari-jari kaki masih boleh digerakkan petanda tidak berlaku patah kaki. Aku tidak rasa ada bahagian patah. Cuba bangun selepas 2-3 minit dan kesakitan yang agak kuat terasa seperti dihiris dengan pisau. Kaki tidak mampu bergerak seperti biasa dan terhincut-hincut. Beli ais 50sen di kedai mamak berhampiran dan ditekap dibahagian bawah betis yang semakin terasa pedih. Jam 7.30 petang masuk waktu Maghrib dan aku bersolat dengan keadaan yang amat payah di surau berhampiran dewan. Kaki terasa semakin kebas dan lemah. Sampai di kereta terdapat masalah iaitu aku perlu pulang ke Kg Pandan Dalam dengan kereta manual. Sedangkan kaki kiriku terasa benar sakit dan lemah. Tiada pilihan lain. Aku ikat seplastik ais dengan tali rapia dan aku memandu dengan perlahan-lahan. Kesakitan menekan clutch benar-benar menyeksakan oleh itu clutch hanya ditekan bila benar-benar perlu sahaja. Mujur jalan tidak sesak malam itu. Sampai di depan pagar apartment aku minta isteri untuk menjemput aku dibawah selepas aku merasakan amat payah untuk berjalan pulang ke rumah dalam keadaan kesakitan begitu.




Ø Sesampai di rumah tapak kaki kelihatan semakin membengkak. Aku mula merasakan kelainan pada kecederaan kali ini dan ia bukan petanda baik. Namun aku tidak pasti apa sebenarnya bentuk kecederaan yang berlaku. Ice treatment diteruskan sampai jam 12 malam. Kesakitan agak dapat dikurangkan apabila ais dituam ke bahagian yang sakit. Malam tidur tidak lena disebabkan kesakitan. Bagaimanapun kepenatan mendorong mata lelap sampai ke subuh......ZZZzzzzzz.....

2 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Boleh saya minta cerita pengalaman abang perihal tendon achilles?
    Saya baru mengalami cedera seperti yang abang alami.
    Pengalaman abang dan langkah2 yang abang mungkin sangat berharga bagi saya.
    Mohon dibalas ke imel saya
    joy609endra@gmail.com
    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. walaikum salam joy...terima kasih atas perhatian tuan kepada blog pemulihan archilles tendon ruptured post surgery satu pengalaman diri...harapan saya tuan telah pulih sepenuhnya pada masa ini dan telah boleh berjalan seperti biasa. Maaf kerana saya telah lama tidak buka blog ini. Mungkin tuan boleh ke add saya di fb mohd zakuan ayob atau di Bekam Sunnah Medic.
    Moga kesihatan kita semua dipelihara ALLAH.

    ReplyDelete