Sejak 2 minggu lepas latihan fisio yang lebih agresif telah dibuat di Sports Physio & Rehab Centre dan juga di rumah. 3 jam di Rehab Centre memang buat kaki jadi lebih ringan untuk bergerak tanpa tongkat i.e Full Weight Bearing (FWB). Walaupun pergerakan masih lagi umpama seekor penguin berjalan tetapi jauh lebih baik dari minggu ke7&8. Kesakitan yang kuat seperti memijak paku dirasakan apabila ingin memulakan langkah pertama selepas bangun tidur. Urutan sekitar 2-3 minit perlu dibuat sebelum berdiri agar kesakitan dapat dikurangkan. Di rumah purata latihan fisio akan dibuat sebanyak 3 kali sehari dengan bentuk senaman berdasarkan nasihat pakar fisioterapi.
24 Julai 2010- Weekend minggu ke-10 balik kampung...Durian Season..!! masuk kebun durian dengan bertongkat sekitar sejam. Kemudian pulang ke rumah berdiri lagi sekitar 40 min untuk membasuh kereta. Kemudian petangnya pulang ke KL.... Malamnya kaki sakit membengkak di sekitar kawasan bekas operation. Persoalannya ialah bila kaki ini boleh pulih untuk diguna semula seperti sediakala....? Fuh...!!!Moga Allah SWT berikan segala bentuk kekuatan.....
Assalammualaikum wbt &Salam Sejahtera..Bila sakit kita rasa susah. Namun percayalah dalam susah ada mudah. Sakit seharusnya dihadapi dengan jiwa yang hidup. Tiada yang Allah jadikan melainkan ada kebaikan untuk hambaNYA. Biarkan badan terlantar tapi jangan dibiarkan jiwa hambar. Sebaliknya kesakitan musibah mampu mendidik jiwa jadi lebih tunduk pada Maha Pencipta, redha dan merasa diri adalah hamba yang tiada daya upaya melainkan dengan izinNYA.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terima kasih atas perkongsian pengalaman ini. Moga ada hikmahnya disebalik apa yang berlaku.
ReplyDeleteDoakn sy jga kmbali smbuh sprti sediakala..perit utk bersukan kmbli..dpt berjalan dgn baik utk rutin harian pun sudah ckup...berfikir utk pencen dri dunia sukan..trauma dgn kecederaan ni..
ReplyDelete