Thursday, August 5, 2010

Urut Tradisional....Recommended!


Di dalam kes aku selepas 10 minggu bahagian tendon masih kejang dan tapak kaki masih membengkak. Walaupun telah boleh berjalan tetapi pergerakan masih amat terhad sehinggakan jarak 200 meter dirasakan jauh. Masih terhincut-hincut dan pergerakan berjalan yang normal belum diperolehi. Teruskan fisioterapi dan aku juga mencadangkan urutan tradisional dibuat. Bagaimanapun sebelum mendapatkan khidmat urut tradisional haruslah dipastikan bahagian yang dibedah telah pulih sepenuhnya dan tidak lagi sakit jika ditekan.


Selepas 11 minggu aku berjaya mendapat seorang tukang urut tradisional yang baik di Kg Pandan Dalam. Ia adalah pengalaman yang menyakitkan tetapi melegakan..... 3 hari berturut seolah-olah kakiku diuli macam tepung roti canai. Tukang urut akan meluruskan urat-urat dari bahagian betis hingga hujung kaki bagi melancarkan semula perjalanan darah dan sendi sendi tulang tapak kaki yang telah mengeras dilembutkan semula. Nasihatku sebelum diurut eloklah buang air besar dan kecil dahulu. Sakitnya signifikan. Namun hasilnya amat memberansangkan. Tapak kaki yang keras terasa lebih lembut dan membantu pergerakan berjalan yang lebih baik berbanding sebelum diurut. Selamat mencuba.....


Sunday, August 1, 2010

Week 11- A Tricky Healing Progress

Semalam aku ke Seremban bagi menguruskan beberapa hal peribadi. Perjalanan dari Seremban bermula 10 pagi dan kembali ke rumah di Kg Pandan Dalam pada jam 7.30 malam. Mulai dari minggu ke 9 aku telah mula berjalan tanpa tongkat.

Kondisi kaki selepas balik ke rumah ialah ia membengkak di sekeliling buku lali dan tapak kaki . Tumit terasa sakit apabila menjejak lantai. Bangun tidur pagi ini kaki masih membengkak. Fleksibiliti kaki memang telah semakin baik. Aku boleh naik tangga dengan baik tetapi mempunyai masalah untuk turun tangga. Keseluruhannya setakat ini endurance untuk berjalan middle and long range masih di tahap yang rendah.

Thursday, July 29, 2010

Solat Orang Sakit.....




Waktu aku sedar dari pembedahan jam telah menunjukkan 3 petang dan aku masih belum menunaikan solat zuhur. Solat itu wajib dilaksanakan selagi seseorang itu sedar dan bernyawa. Tidak kira waktu sihat atau sakit atau di dalam perang. Kaedahnya sahaja yang berbeza.

Sejurus selepas pembedahan aku tidak dibenarkan turun dari katil selama 4 jam. Bermakna aku harus menunaikan solat di atas katil hospital itu. Aku yakin Islam adalah agama yang mudah diamalkan di dalam sebarang keadaan. Dalil-dalil di bawah adalah buktinya Islam mempermudahkan ibadah untuk orang yang mempunyai keuzuran.

Firman Allah swt:-


لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." - [al-Baqarah 2:286]

Imran ibn Husain ra berkata :-

"Rasulullah saw bersabda kepadaku : Solatlah sambil berdiri, jika tidak mampu solatlah secara duduk, jika tidak mampu, solatlah secara mengiring" [Hadith Riwayat al-Bukhari #1117]

Di riwayatkan oleh Jabir ra. bahawa Nabi saw telah bersabda kepada seorang yang sakit yang bersolat menggunakan bantal untuk ruku' dan sujud,

صلِّ على الأرض إن استطعت ، وإلا فأومِ إيماءً ، واجعل سجودك أخفض من ركوعك
"Solatlah di atas bumi jika kamu mampu, jika kamu tidak mampu, gerakkan sahaja kepala kamu, dan jadikanlah sujud lebih rendah dari ruku'" [Hadith Riwayat al-Baihaqi dengan Isnaad yang kuat]

Andai kata sakit tersebut pada ketika itu teruk sangat, salah satu kaedah solat bagi mereka yang uzur adalah menjamakkan solat, Anda boleh melakukan Jama' Takhir didalam keadaan ini, contohnya melakukan solat Zohor dan Asar di waktu Asar. Kedua-dua solat ini TIDAK boleh di QASARkan (pendekkan), misalya lakukan Zohor 4 rakaat dan Asar 4 rakaat.

Nabi saw memberi izin kepada seorang wanita yang menghadapi istihaadah menjamakkan solatnya sebagaimana didalam hadith riwayat Abu Daud (#287) dan al-Tirmudzi (#128). Imam Ahmad mengatakan bahawa ini merupakan dalil membenarkan seorang yang sakit menjamakkan solat, malah mengatakan bahawa kesukaran orang yang sakit lebih teruk daripada keadaan orang yang bermusafir. [Kashshaaf al-Qinaa' (2/5)].
Rujukan:

http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/01/keutamaan-utk-solat-ketika-sakit.html

Apabila tidak boleh turun dari katil bagaimana untuk berwuduk?

Aku telah terlebih dahulu telah menyediakan air mutlak yang diletak di dalam bekas spray untuk berwuduk. Bagi kaki yang disimen aku melalukan air di bahagian atas simen.

Ulama sepakat berpendapat bahawa menyapu di atas balutan kerana patah atau luka ketika berwudhuk atau mandi junub , hukumnya adalah harus.

Dalilnya sebuah hadis dari Ali bin Abu Talib r.a :

انْكَسَرَتْ إِحْدَى زَنْدَيَّ فَسَأَلْتُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَرَنِي أَنْ أَمْسَحَ عَلَى الْجَبَائِرِ

“Salah satu pergelangan tanganku telah patah , lalu aku bertanya kepada Nabi saw (cara bersuci).Baginda saw memerintahkan ku supaya menyapu di atas balutannya.
(HR Ibn Majah : 649)

Jumhur ulama (Maliki , Syafi’ie dan Hanbali) mengatakan bahawa hukum menyapu di atas balutan anggota yang patah atau cedera adalah wajib.Ini kerana seseorang itu wajib menggunakan air semaksimum yang mungkin (merata / menyampaikan air keseluruh tubuh badan / anggota wudhuk) ketika berwudhuk atau mandi junub.Sekiranya ia tidak dapat berbuat demikian maka wajiblah ke atasnya untuk menyapu air di atas balutan yang membalut anggota wudhuk tersebut.

Rujukan:
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=94&t=38789

Monday, July 26, 2010

Aktiviti Minggu ke 10 Post Operation...Test Power!

Sejak 2 minggu lepas latihan fisio yang lebih agresif telah dibuat di Sports Physio & Rehab Centre dan juga di rumah. 3 jam di Rehab Centre memang buat kaki jadi lebih ringan untuk bergerak tanpa tongkat i.e Full Weight Bearing (FWB). Walaupun pergerakan masih lagi umpama seekor penguin berjalan tetapi jauh lebih baik dari minggu ke7&8. Kesakitan yang kuat seperti memijak paku dirasakan apabila ingin memulakan langkah pertama selepas bangun tidur. Urutan sekitar 2-3 minit perlu dibuat sebelum berdiri agar kesakitan dapat dikurangkan. Di rumah purata latihan fisio akan dibuat sebanyak 3 kali sehari dengan bentuk senaman berdasarkan nasihat pakar fisioterapi.

24 Julai 2010- Weekend minggu ke-10 balik kampung...Durian Season..!! masuk kebun durian dengan bertongkat sekitar sejam. Kemudian pulang ke rumah berdiri lagi sekitar 40 min untuk membasuh kereta. Kemudian petangnya pulang ke KL.... Malamnya kaki sakit membengkak di sekitar kawasan bekas operation. Persoalannya ialah bila kaki ini boleh pulih untuk diguna semula seperti sediakala....? Fuh...!!!Moga Allah SWT berikan segala bentuk kekuatan.....

Thursday, July 22, 2010

Archilles Tendon Ruptured: The Long Road to Walk Again...


Setiap individu yang telah menjalani pembedahan penyambungan pada Archilles Tendon kebiasaannya akan mempunyai tempoh pemulihan yang berbeza antara satu dengan lain. Ini bergantung kepada tahap kecederaan, kualiti pembedahan, proses dan disiplin rehabilitasi, umur, tahap kesihatan semasa dan pemakanan yang betul. Pada pandanganku tahap kekuatan psikologi pesakit juga akan memainkan peranan yang amat penting semasa proses pemulihan ini.

Be positive please! Memang tidak dinafikan ada saat dimana ada suara membisikkan dalam diri bahawa "aku akan tempang selamanya"...terutama pada peringkat awal fibercast itu dibuka sepenuhnya dan semasa peringkat awal proses rehabilitasi. Di awal peringkat ini pesakit akan mengalami kesakitan yang lebih teruk berbanding semasa kaki didalam fibercast. Keadaan kaki yang lemah, kejang dan keras di bahagian tendon berkenaan serta sakit apabila cuba digerakkan boleh menyebabkan seseorang patah semangat. Hati-hati....Itu semua bisikan syaitan sahaja! Tiada sakit yang tiada ubat. Sakit itu penghapus dosa. Putus asa tanda putus harap dari rahmat Allah. Kuatkan semangat! Insya Allah akan ada jalan keluar dari semua musibah ini. Semasa anda ditimpa musibah ini banyakkan berzikir. Bacalah surah al-Inshirah kerna didalamnya terkandung janji-janji Allah bahawa 'sesungguhnya tiap-tiap kesusahan itu akan diikuti kemudahan' Janji mana lagi yang lebih benar berbanding janjiNYA...

Secara umumnya pesakit akan boleh berjalan secara normal selepas enam bulan dan boleh melakukan aktiviti bersukan selepas setahun. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada faktor-faktor yang telah dinyatakan diatas.

Proses rehabilitasi adalah peringkat yang paling penting untuk dilakukan oleh pesakit. Prinsipnya mudah. Anda rajin anda akan cepat kembali berjalan dengan normal. Ikut sahaja jadual latihan dan nasihat fisioterapi anda. Proses pemulihan akan terbahagi kepada 2 proses iaitu Non-Weight Bearing(NWB) stage dan Accelerating Weight Bearing(AWB).

Semasa NWB pesakit tidak dibenarkan menampung berat pada kaki yang dibedah walaupun pada masa itu cast telah dibuka. Kebiasaannya ia adalah untuk selama 9 minggu (atau sehingga dibenarkan oleh doktor). Latihan fisioterapi yang dijalankan pada peringkat ini belum lagi melibatkan 'weight bearing'.

AWB kebiasaannya dibenarkan mulai minggu ke 10. Di peringkat AWB beban badan sudah boleh dikenakan secara perlahan-lahan. Beberapa kaedah latihan fisioterapi akan dibuat sehinggalah kaki berkenaan boleh dikenakan beban badan sepenuhnya dan tongkat boleh dilepaskan semasa berjalan. Kebiasaannya 'full weight bearing' dibenarkan selepas minggu ke 12 (Atau sehingga dibenarkan oleh doktor dimana di dalam kes ku full weight bearing dibenarkan pada minggu ke 9). Latihan fisioterapi yang lebih agresif akan dibuat selepas peringkat ini bagi mengembalikan kekuatan otot kaki yang telah lemah. Ini boleh dilihat dimana kaki anda mengecil sebelah disebabkan otot yang telah lama tidak digunakan.

Proses selanjutnya adalah latihan untuk membolehkan anda berjalan normal dan bukan lagi terhincut-hincut. Selamat berjaya......

Wednesday, July 21, 2010

Supplement Foods for Archilles Tendon Healing...A Lot!!!


Kebiasaannya doktor tidak memberi apa-apa nasihat tentang pemakanan atau supplement yang boleh membantu memulihkan kecederaan akibat pembedahan dan bagi mempercepatkan pembinaan semula tendon.

Bagi aku ianya penting bagi membantu kadar pemulihan yang lebih cepat. Aku hanya membuat penyelidikan sendiri dengan kebanyakannya dari nasihat orang tua dan menerusi maklumat yang diperolehi dari pembacaan. Mungkin maklumat ini berguna dan boleh juga diamalkan oleh 'penerima anugerah' yang akan datang.

Merujuk kepada Livestrong.com-'Food For Tendon' menyatakan bahawa bagi pembinaan semula tendon ia memerlukan:

a) Makanan yang mengandungi kadar enzim yang tinggi. Buah-buahan, sayuran dan 'fermented foods'. Secara spesifik digalakkan makan nenas dan betik yang mengandungi bromelain dan papain yang diperlukan untuk membina tendon dan otot.

b)Makanan yang tinggi kandungan Vitamin C.

c)Makanan tinggi kadar kalsium.

d)Makanan yang mengandungi kadar kalogen yang tinggi seperti sup ayam, lembu dan ikan.

Supplement yang sedang diamalkan ialah:

i) Pati Ikan Haruan Polleney 2x/sehari pada 2 minggu pertama dan kemudian 1x/sehari sehingga sebulan. Berupaya meningkatkan kadar pemulihan kecederaan akibat pembedahan. Alhamdulillah berkesan.

ii) Susu kambing HiGoat 2x/hari. Pagi & Malam. Susu kambing terbaik. Membekal kalsium yang diperlukan.

iii) Radix HPA 3biji/hari. Radix bertindak untuk mempengaruhi metabolisma kalogen bagi memperbaiki tendon dan ligamen.

iv)Habbatus Sauda -Pagi dan malam. Makanan sunnah.Insya Allah ada keberkatan.

v)Madu- Pagi dan malam. Makanan sunnah.Insya Allah ada keberkatan.

vi) Gel Gamat Luxor - sesudu besar pagi dan malam (mengandungi jumlah kalogen yang tinggi bagi membantu pembinaan semula tendon)

vii) Vitamin C 1000mg with Bioflavonoids - 1 biji selang 2 hari. Membantu membaiki tisu yang cedera dan menggalak pembinaan kalogen.

viii) Air klorofil 500ml/hari.