
Di dalam kes aku selepas 10 minggu bahagian tendon masih kejang dan tapak kaki masih membengkak. Walaupun telah boleh berjalan tetapi pergerakan masih amat terhad sehinggakan jarak 200 meter dirasakan jauh. Masih terhincut-hincut dan pergerakan berjalan yang normal belum diperolehi. Teruskan fisioterapi dan aku juga mencadangkan urutan tradisional dibuat. Bagaimanapun sebelum mendapatkan khidmat urut tradisional haruslah dipastikan bahagian yang dibedah telah pulih sepenuhnya dan tidak lagi sakit jika ditekan.
Selepas 11 minggu aku berjaya mendapat seorang tukang urut tradisional yang baik di Kg Pandan Dalam. Ia adalah pengalaman yang menyakitkan tetapi melegakan..... 3 hari berturut seolah-olah kakiku diuli macam tepung roti canai. Tukang urut akan meluruskan urat-urat dari bahagian betis hingga hujung kaki bagi melancarkan semula perjalanan darah dan sendi sendi tulang tapak kaki yang telah mengeras dilembutkan semula. Nasihatku sebelum diurut eloklah buang air besar dan kecil dahulu. Sakitnya signifikan. Namun hasilnya amat memberansangkan. Tapak kaki yang keras terasa lebih lembut dan membantu pergerakan berjalan yang lebih baik berbanding sebelum diurut. Selamat mencuba.....
No comments:
Post a Comment