Thursday, August 5, 2010

Urut Tradisional....Recommended!


Di dalam kes aku selepas 10 minggu bahagian tendon masih kejang dan tapak kaki masih membengkak. Walaupun telah boleh berjalan tetapi pergerakan masih amat terhad sehinggakan jarak 200 meter dirasakan jauh. Masih terhincut-hincut dan pergerakan berjalan yang normal belum diperolehi. Teruskan fisioterapi dan aku juga mencadangkan urutan tradisional dibuat. Bagaimanapun sebelum mendapatkan khidmat urut tradisional haruslah dipastikan bahagian yang dibedah telah pulih sepenuhnya dan tidak lagi sakit jika ditekan.


Selepas 11 minggu aku berjaya mendapat seorang tukang urut tradisional yang baik di Kg Pandan Dalam. Ia adalah pengalaman yang menyakitkan tetapi melegakan..... 3 hari berturut seolah-olah kakiku diuli macam tepung roti canai. Tukang urut akan meluruskan urat-urat dari bahagian betis hingga hujung kaki bagi melancarkan semula perjalanan darah dan sendi sendi tulang tapak kaki yang telah mengeras dilembutkan semula. Nasihatku sebelum diurut eloklah buang air besar dan kecil dahulu. Sakitnya signifikan. Namun hasilnya amat memberansangkan. Tapak kaki yang keras terasa lebih lembut dan membantu pergerakan berjalan yang lebih baik berbanding sebelum diurut. Selamat mencuba.....


Sunday, August 1, 2010

Week 11- A Tricky Healing Progress

Semalam aku ke Seremban bagi menguruskan beberapa hal peribadi. Perjalanan dari Seremban bermula 10 pagi dan kembali ke rumah di Kg Pandan Dalam pada jam 7.30 malam. Mulai dari minggu ke 9 aku telah mula berjalan tanpa tongkat.

Kondisi kaki selepas balik ke rumah ialah ia membengkak di sekeliling buku lali dan tapak kaki . Tumit terasa sakit apabila menjejak lantai. Bangun tidur pagi ini kaki masih membengkak. Fleksibiliti kaki memang telah semakin baik. Aku boleh naik tangga dengan baik tetapi mempunyai masalah untuk turun tangga. Keseluruhannya setakat ini endurance untuk berjalan middle and long range masih di tahap yang rendah.